Rabu, 10 Oktober 2012

Hidup Itu Anugerah Allah


Kita dilahirkan. Menguak jendela dunia dengan pandangan kita. Kita membesar, daripada bayi yang tidak tahu apa-apa, sehingga menjadi pelajar yang berjaya, kemudian menjadi seorang bekerjaya. Selepas itu kita memasuki gerbang perkahwinan menjadi suami atau isteri. Kemudian kita menjadi bapa atau ibu kepada anak-anak kita dan hidup kita selepas itu akan terus berjalan, sehinggalah tiba saat hari kita mati.
  
             kalaulah kita duduk sebentar, mengambil masa beberapa saat untuk berfikir, tidakkah kita merasakan kehidupan yang Allah berikan kepada kita merupakan satu anugerah? maksud saya, kehidupan yang Allah beri kepada kita ini ialah hadiah Dia kepada kita. Saya tak rasa ada di kalangan kita yang meminta untuk dilahirkan. Tetapi Allah dengan penuh kasih sayang menghidupkan kita, kemudian memberikan kita peluang untuk membesar dan hidup diatas muka bumi-Nya ini. Di samping itu Allah memberikan kita anugerah pancaindera, perasaan untuk merasai pelbagai kegembiraan, mencium pelbagai kepahitan, dan menghadiahkan kita kebolehan untuk berinteraksi dengan makhluk lain.

             Allah menjadikan kita sebagai manusia, bukan sebagai makhluk lain, itu sahaja suidah merupakan satu hadiah yang besar terhadap diri kita. Percaya? mari kita terliti bersama-sama firman Allah SWT yamg bermaksud:

           "Sesungguhnya  Kami ciptakan insan itu dengan sebaik-baik penciptaan." (At-Tin:4)

            Sebaik-baik penciptaan? sebaik-baik bermakna, tiada makhluk yang lebih baik daripada manusia. Kita dijadikan sebagai manusia, bukan? tidakkah itu sahaja sudah menjadi satu hadiah?

            Bayangkanlah kalau Allah jadikan kita sebagai batu, rasa-rasanya apakah yang kita akan lakukan? atau hayat kita ini Allah takdirkan dilahirkan sebagai ayam yang menunggu masa untuk disembelih, apakah yang kita akan rasa?

            Nmuan, tidak ramai yang mahu fikir sejauh itu untuk merasakan kehidupan ini satu anugerah. Mereka tidak berfikir yang kehidupan ini merupakan satu hadiah. Akhirnya ramai yang menamatkan riwayat hidup mereka yang amat berharga itu dengan perkara yang amat sia-sia dan meletakkan diri mereka ke lembah kehinaan seperti membunuh diri. Sedangkan kehidupan ini hakikatnya perlu kita hargai keran ia suatu hadiah, bukan untuk kita lempar jauh-jauh begiti sahaja.

           Tetapi kenapa manusia sukar untuk merasakannya?

           Mungkin kerana mereka tidak sedar tiga perkara penting ini:

  • Dari mana kita datang?
  • Kenapa kita didatangkan?
  • Ke mana kita akan pergi?
           Mari kiat buat kuiz, adakah kita pernah bertanya kepada diri tiga soalan ini?

           Hakikatnya, inilah soalan asas untuk kita memahami erti kehidupan kita dan merasakan bahawa peluang kita dihidupkan ini merupakan satu anugerah, satu hadiah daripada Allah SWT.

         Mari kita bersama-sama menelaah tiga soalan tadi.

         Semoga ada sahaja hikmah Allah yang tersembunyi di dalamnya untuk kita.




(Di petik daripada buku yang bertajuk Langit Ilahi oleh Hillal Asyraf)      

              


Tiada ulasan:

Catat Ulasan