Sabtu, 29 Disember 2012

aurat 

Assalamualaikum...apa khabar sahabat2 smua :) bagaimana iman korang ok tak ? :')


hurm....sedar tak sedar dah nak msuk tahun 2013 kan...cepat masa berlalu..semoga iman kita semakin hari semakin meningkat...

kalau kita keluar mana2,pegi jalan2 ke mesti kita akan tgk kerosakkan ummat pada masa skrg :') Allahu...agak menyedihkan...saya nak sentuh soal pakaian...sebenarnya aurat wanita adalah seluruh anggota bdannya kecuali muka dan tapak tangan dengan syarat2 tertentu..syarat2 tertentu ? ya,syarat2 tertentu...iaitu mestilah tidak ketat yg menampakkan susuk tubuh badan...


Allah ada berfirman,yg bermaksud :



  • "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." HR Bukhari dan Muslim.


  • Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)





Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)


tudung mestilah melepasi dada dan melepasi bahu...aurat wanita juga adalah termaksud kaki dan suara ! ramai org yg tidak ambil peduli hal ini...kaki juga adalah aurat..pakai stoking..dulu saya pun tak tahu hal ini...Allahu,cuainya saya :') ...suara,suara juga adalah aurat..

aurat pada Dada,
Allah ada berfirman yg bermaksud :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " QS An-Nur : 3. Keterangan: Melabuhi tudung atau memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung dibawah bahu. 

aurat pada kaki,
Allah ada berfirman yg bermksud :
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." QS An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki. 

aurat pada suara,

Allah ada berfirman yg bermaksud :

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." QS Al Ahzab: 32.

dan Sabda Nabi Muhammad SAW yg bermksud :

"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." HR Ibn Majah. 

sabda Rasulullah SAW tentang wanita yg memakai wangian :

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." HR Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 

kita sebagai hambanya mesti mentaati perintahnya.segala yg kita miliki adalah miliknya...bila2 masa Allah akan tarik kembali..Sesungguhnya hanya kepadanya tempat kita kembali :')

 “Yang tertutup itu indah...”al-Ahzab ayat 59, 


renungkan :')   

  • Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani..
  • Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta Alam..
  • maha Pemurah lagi maha Penyayang..
  • yang menguasai hari Pembalasan..
  • hanya kepadaMu (ya Allah) kami menyembahmu (ya Allah)hanya kepadamu (ya Allah) kami memohon pertolongan..
  • tunjukkilah kami jalan yang lurus..
  • iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka,bukan jalan mereka yg dimurkai...dan bukan pula jalan mereka yg sesat...  


semoga ianya bermanfaat,Assalamualaikum :)