Sabtu, 6 Oktober 2012

Hidayah Allah..

Hidayah Allah yang kita cari...



Assalamualaikum sahabat2 smua !
saya doakan agar pemabaca2 blog saya  ini berada di dalam keadaan sihat2 belaka..Insyaallah.
topik yang saya ingin sampaikan hari ini mengenai 'Hidayah'.jom,saya terangkan sedikit mengenai Hidayah:)

Sebenarnya hidayah Allah itu sangat berharga.Sebagaimana firman Allah SWT :


"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

Al-An'aam , 125



mari kita lihat,sekarang nih ramai orang sudah mendapat hidayah...rakan2 seperjuangan saya,mereka ini golongan2 yg amat bertuah kerana mendapat hidayah Allah dan cuba ke arah yang lebih positif...Alhamdulillah..semoga dengan hidayah ini menjadikan mereka hamba Allah yg soleh lagi solehah...sama2 kita doakan..sesungguhnya kita sebagai hamba semestinya cemburu dengan hidayah yang Allah berikan kepada mereka..Adakah kita hanya duduk mencemburui atau bertindak untuk mengejar Hidayah Allah? Firman Allah Taala yang bermaksud :


Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).


Sesuatu bangunan itu tidak akan terbina jika tiada orang yang membinanya, Sesuatu perkara itu tidak akan terjadi jika tiada orang yang melakukannya. Oleh itu, kita sebagai hambanya sentiasalah mencari dan sentiasa muhasabah diri mengapa dan kenapa diri kita jauh dan tidak mendapat hidayah Allah. Hidayah Allah itu tersangat berharga kerana setiap perlakuan seseorang selepas itu akan bertukar menjadi dari kekufuran kepada beriman. Kita lihat sahaja sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dahulu, mereka mendapat hidayah Allah sehingga sanggup menggadaikan semua hartanya hanya kerana Allah...
Kita mungkin sering berniat untuk berubah dan menjadi lebih baik, tetapi tindak tanduk perlakuan kita?.. adakah sehaluan dengan perubahan yang kita hendak lakukan?. Adakah dengan berkata kita akan berubah?. Allah mementingkan hidayah itu kerana Ianya sesuatu yang sangat berharga dan kita sebagai hambanya perlulah sentiasa berusaha dan tidak jemu untuk mendekat diri kepadaNya kerana usaha kita lakukan akan mendatangkan hasil...Muhasabah diri kita adakah kita sentiasa melakukan perkara yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah lalu mendapat hidayah daripadaNya atau kita bersahaja dalam memikirkan hal ini. Nauzubillah, sesungguhnya kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang disebut diatas dimana pelbagai mukjizat dan pengajaran akan tetapi tidak mendapat hidayahNya.


Sesungguhnya hidayah Allah itu akan mudah diterima jika tiada sesuatu yang menghalang dari ia sendiri hadir dalam hati kita sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi:


Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya...

marilah kita berusaha kepada jalan Hidayah Allah..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri...kita sebenarnya sedang diuji..berubahlah kerana Allah..Insyaallah perubahan itu kekal hakiki..^^


mari sama2 kita mencari hidayah agar dikuatkan iman yg lemah !
bila lagi kita nak berubah?

Sesungguhnya Allah memandang usaha kita, bukan pada hasilnya. 
mari kuatkan semangat menuju ke arah redhanNya..!
jgn putus asa mencari hidayah Allah ! 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan