Rabu, 23 Januari 2013

salam Maulidur Rasul 



       Assalamualaikum kepada smua peminat2..eh,peminat? hehe :p hari ini merupakan hari kelahiran Rasulullah kita yang amat dicintai dan disanjugi iaitu dialah Nabi Muhammad SAW..sanah helwah yang Rasulullah :') Subhanallah...saya berasa amat merinduinya..sangat2..sedih dan sebak rasa apabila diingati semula perjuangan baginda dan penderitaan yang terpaksa diharungi demi menyebarkan Islam..tetapi adalah kita menghargainya ? Astagfirullah...nak denga 1 cerita tak ? :)


Selepas pemergian Siti Khadijah dan bapa saudara Nabi, Abu Talib. Umat Islam diserang hebat oleh kaum musyrikin Mekah. Rasulullah memikirkan penduduk Thaif akan memberi perlindungan kepada orang Islam dan Nabi pergi seorang diri secara senyap ke Thaif bagi meminta pertolongan daripada penduduk Thaif.
Nabi duduk di Thaif selama 10 hari dan meminta pertolongan dan perlindungan daripada 3 orang pembesar iaitu Abdi Yalel, Kbubaib dan Mas’ud. Malangnya, mereka menolak permohonan Nabi dan penduduk Thaif keluar beramai-ramai mengejek dan mencerca Nabi kita, Nabi Muhammad SAW..
Nabi berjalan pulang dengan sedih, di sepanjang perjalanan pulang itu, Nabi dibaling dengan batu sambil diejek berulang kaji untuk menghalau Nabi dan menolak kesucian Islam. Kesakitan Nabi Muhammad bukan sedikit, luka-luka di badannya dan darah yang mengalir bertakung di dalam kasut Nabi..Allahu :')
Di saat kesakitan itu dan berjalan pulang, Nabi berdoa kepada Allah :
“Ya, Allah kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku kurangnya kesanggupanku, dan kerendahan diriku berhadapan dengan manusia. Wahai Dzat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkaulah Pelindung bagi si lemah dan Engkau jualah pelindungku! Kepada siapa diriku hendak Engkau serahkan? Kepada orang jauh yang berwajah suram terhadapku, ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku?
Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka semua itu tak kuhiraukan, kerana sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku. Aku berlindung pada sinar cahaya wajah-Mu, yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akhirat dari murka-Mu yang hendak Engkau turunkan dan mempersalahkan diriku. Engkau berkenan. Sungguh tiada daya dan kekuatan apa pun selain atas perkenan-Mu.”
Seraya berdoa Nabi pun mengangkat kepalanya dan tiba-tiba Malaikat Jibril as. memanggil Nabi dan berkata, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan dan jawapan kaummu terhadapmu, dan Allah telah mengutus Malaikat penjaga gunung untuk engkau perintahkan kemahuanmu”.
Kemudian Malaikat penjaga gunung datang, mengucap salam dan berkata kepada Nabi Muhammad,“Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu terhadapmu. Aku adalah Malaikat penjaga gunung, dan Rabb-mu telah mengutusku kepadamu untuk engkau perintahkan sesukamu, jika engkau suka, aku bisa membalikkan gunung Akhsyabin ini ke atas mereka”.
Lalu Nabi Muhammad menjawab, “Jangan! Tetapi aku menginginkan semoga Allah berkenan mengeluarkan dari anak keturunan mereka generasi yang menyembah Allah semata-mata, dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun”..

inilah antara pengorbanan Nabi..Allahu..terharu :') ini baru sikit...ada lagi sebenarnya nih :)
hihi..saya rasa setakat ini sahajalah perkongsian saya pada hari ini...Ingatlah...setiap pengorbanan Baginda belum tentu kita dapat membalasnya :') wallahu'alam...




hayailah lirik ini :')

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu..

Raihan - Ya Rasulullah.

Nabi Muhammad SAW 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan