Rabu, 2 Januari 2013

Kesedihan Hamba Allah 




Assalamualaikum...korang sihat ? kalau sihat Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk saya update lagi blog saya dengan ilmu2 yg bermanfaat,Insyaallah..tajuk yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah 'Kesedihan'.saya tahu setiap orang akan mengalami masalah 'kesedihan' ini..saya nak kongsikan sedikit mengenai Firman2 Allah mengenai kesedihan ini :)



Firman Allah S.W.T:

لا تحزن ان الله معنا
La tahzan innallaha ma’ana

“Jangan kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita” [At-Taubah: 40]


hehe,Allah telah berfirman jangan kita sedih,Dia sentiasa bersama kita :') yakin,tawakal sahaja dengan Allah :') Allah ada berfirman :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal " At-Taubah : 129


kita hanya sekadar hamba Allah yang tidak tentu lagi hala tujunya...hanya kepada Allah kita berserah :') hanya Dia yg maha Memahami lagi maha Mengetahui :)

Rasulullah SAW juga mengalami saat2 kesedihan...Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abu Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Tinggallah Rasulullah SAW dengan kekasih hatinya, Khadijah. Namun, tidak berapa lama Khadijah pula mengikut jejak bapa saudaranya. Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan...jadi lihat,bagaimana Rasulullah ditimpa kesedihan ? malah lebih perit dari kita...Allahu :')


Rasulullah SAW pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan,

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.” (HR. Abu Dawud)


Allah juga ada berfirman yg bermaksud :



Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)


kesimpualnnya,jika hati anda bersedih atau tidak tenteram maka tenteramkanlah ia dengan mengingati Allah..
Saat kesedihan menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah bersama kita. Allah ada berfirman :


Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ra’d:28)


 La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

“Engkau sahajalah (ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan”. (al-Fatihah: 5)


kata-kata hikmah yg ingin sya kongsikan :')


'Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.
Kerana dia ada Allah di sisinya.
Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya'


jangan besedih...Allah maha Memahami...Allah jugalah sebaik-baik tempat mengadu :) seburuk mana Ujian itu pada pandangan kamu,tetapi pada pandangan Allah itulah yg terbaik :') wallahu'alam :)
serahkan segalanya pada Allah SWT :)



wallahu'alam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan