Khamis, 1 November 2012

Dakwah dan Kepentingannya.. ^^



dakwah...




       Apakah yang dikatakan dakwah ? jawapannya,satu aktiviti atau urusan yang melibatkan setiap individu mengajak manusia kepada perintah Allah. Selain itu,ia sama maksud dengan satu tindakan individu yang mengajak orang lain agar mentauhidkan Allah atau mengEsakan Allah. Urusan dakwah ini tugas bagi setiap manusia dan bukan terhad pada individu yang berkelayakkan sahaja seperti uztaz,orang alim dan sebagainya. Memang tidak dinafikan bahawa urusan dakwah ini hanya kepada yang disebut tadi tetapi tugas mereka  adalah perlu kepada kedua-duanya iaitu Dakwah dan Menyelesaikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama.Sesungguhnya kerja dakwah ini telah diberi kepada umat akhir zaman iaitu pengikut2 Nabi Muhammad SAW. Hal ini adalah kerana Allah ingin memuliakan umat Nabi Muhammad berbanding umat-umat terdahulu,bahkan Allah telah berjanji sesungguhnya umat yang pertama masuk syurga dan dihisab ialah umat Nabi Muhammad.Kerja dakwah ini penting kerana ia adalah syariat yang ditetapkan oleh Allah. Kita lihat, umat-umat terdahulu tidak diberi tugas ini berbanding umat Nabi Muhammad. Tugas dakwah ini melibatkan semua orang tidak kira tua,muda,kecil,besar,wanita atau lelaki.Setiap umat Islam wajib berdakwah.Contoh dapat dilihat seorang pejuang yang masih muda untuk misi dakwah ini iaitu Tariq bin Ziyad yang diamanahkan untuk menyebarkan dakwah di Sepanyol atau nama lainnya Andalusia.Beliau berjuang pada 1 syawal dimana mampukah kita boleh buat ketika itu yang akhirnya kemenangan pada pemerintahannya.Kata-kata beliau ketika berjuang dibumi Sepanyol ialah 'Semua kapal-kapal layar dibakar dibelakang mereka atau kemenangan dihadapan meraka sekali pun mati syahid.Memang tidak dapat dinafikan pelbagi cara untuk berdakwah atau melakukan tugas dakwah ini kepada orang lain.Tetapi dakwah yang terbaik ialah dakwah mengikut cara Nabi Muhammad SAW iaitu melalui lisan atau akhlak dan seumpamanya.Orang alim selalu nasihat,70% adalah dakwah melalui akhlak dan 30% melalui lisan.Tetapi diantara kedua-dua tersebut yang terbaik ialah cara lisan.Jika jumpa jumpa setiap orang Islam dan dakwahkan mereka apa yang sepatutnya.Selain itu,kesan daripada dakwah kita pada orang lain sekali gus dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.Dakwah ini juga melibatkan penyebaran agama Islam itu disesuatu tempat.Shabat-sahabat Nabi dulu berfikir,jika ada tempat yang belum menerima Islam secara sempurna,mereka akan melakukan dakwah itu di kawasan itu sehingga Islam benar-benar diamalkan dengan sempurna.Dakwah juga melibatkan banyak pengorbanan iaitu pengorbanan melalui masa,harta dan jiwa.


         Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa orang Islam sebagai tukaran iaitu dengan syurga yang tidak ternilai(seumpama mati syahid).Sebab itu individu yang banyak lakukan tugas dakwah,ia banyak berkorban untuk orang lain agar dalam hati dan fizikal manusia yang didakwahkan itu ada kalimah Esa atau amalkan Islam secara sempurna.Memang banyakcabaran dan ujian tugas sebagai pendakwahini,tetapi kita perlu ingat,ujian yang lebih berat dari kita ialan ujian yang diterima oleh Nabi Muhammad.Nabi dakwah orang sehingga diejek,dihina,dimaki dan dipinggir dan dizalimi lebih banyak berbanding ujian yang kita lalui sekarang.Selain itu,nikmat yang Allah beri pada kita tersangat-sangat banyak.Cuma kita yang tidak tahu menilai.Jika kita seorang penjawat awam,pensyarah atau mempunyai kerjaya sendiri bahkan sebagai seorang pelajar,kita jangan lupa akan tanggungjwab untuk melakukan kerja dakwah kepda orang lain.Bak kata pepatah, 'jika kita seorang pelajar jadikan belajar itu pada tahap nombor satu dan sebagai seorang pelajar,letak juga tugas mendakwah orang lain pada tahap nombor satu.Boleh dikatakan seimbang antara satu sama lain.Orang yang melakukan kerja dakwah ini perlulah seiring dengan keiklasan dan kesungguhan dalam setiap perbuatan yang dilakukan.Terutama menjaga akhlak dan saling tegur-menegur antara satu sama lain.Tegur-menegur ini kita bukannya mahu ingin memalukan oarang tersebut tetapi sekadar ingatan dan inginkan wujud kasih sayang antara saudara(kita sayang dia sebab dia perlu masuk syurga bersama kita yang beriman).Sesungguhnya orang yang melakukan dakwah ini akan ada kelebihannya antaranya ialah,Allah kan selamatkan seluruk keturunan daripada kejahatan,maksiat dan sebagainya.



            Jadikan tugas dakwah ini sebagai satu jihad kita pada jalan Allah selain mengangkat senjata.tetapai perlu diingat juga, jihada menentang nafsu dan syaitan didalam diri adalah lebih baik daripada berjihad pada perkara yang lain.Ditulis juga disini kelebihan orang berjihad atau membuat kerja dakwah ini antaranya ialah 'Debu-debu yang melekat pada anggota orang keluar dijalan Allah akan menjadi perisai daripada asap api neraka';satu perkataan dakwah lebih baik daripada satu tahun ibadat sunat.Selain kita melakukan kerja dakwah ini terutama yang perempuan perlulah menjaga adab dan etika ketika melakukan dakwah yang dilakukan.Sebagai seorang Da.ie atau pendakwah ini, kita perlu mengenali musuh islam sama ada dalam dan luar tempat yang kita duduki.Contohnya, musuh merancang melalui makanan, psikologi, dan komunikasi. Untuk lebih jelas lagi, kenapa orang selalu cakap jika kita makan daging kambing kan dapat darah tinggi dan kepanasan, jelas sekali ia bertentangan dengan sunnah baginda, lagipun susu kedua selepas susu ibu ialah susu kambing. Pada hal pada zaman baginda, baginda makan dan mengamalkannya. Datang orang barat melalui kajian(terdapat penipuan) yang dilakukan, mangatakan makan daging kambing akan dapat kesan yang teruk. Selain itu, kenapa orang barat mengatakan lepas makan makanan lepas itu barulah makan buah. Jawapannya ialah sebagai pencuci mulut malahan ia bertentangan dengan sunnah yang diajar oleh baginda dan baginda suka mengamalkan makan buah sebelum makan makanan lain, contohnya buah kurma. Itulah hebatnya perancangan musuh-musuh Allah sehinggakan orang islam mengikutinya jika tidak mengkaji al-Quran dan sunnah. Banyak lagi sebenarnya perancangan-perancangan mereka lakukan seperti televisyen, internet(laman sosial), pakaian dan sebagainya. Cuba-cuba kita kaji dan fikirkan, tetapi ingat, jangan pula kita mengamalkan secara berlebihan. Saya juga mahu berpesan pada diri saya dan yang lain-lain, banyak-banyakkan menelaah buku ilmiah, al-Quran dan hadis(sunnah), jadikan sebagai sumber rujukan dan motivasi pada diri. Ingatlah, adakah kita sudah menyayangi baginda seumpama baginda sayangkan kita sehinggakan ketika ajalnya pun teringatkan umatnya. Kita pula macam mana???
             Jika kita tidak mampu menjadi seorang 
             doktor, ustaz, ustazah, cikgu, genius dan lain-lain

      jadilah kita sebagai seorang hamba kepada Allah dan sebagai seorang pembela agama... 






dipetik drpd kata2 seorang sahabat.. :)