Rabu, 10 Oktober 2012

Hidup Itu Anugerah Allah


Kita dilahirkan. Menguak jendela dunia dengan pandangan kita. Kita membesar, daripada bayi yang tidak tahu apa-apa, sehingga menjadi pelajar yang berjaya, kemudian menjadi seorang bekerjaya. Selepas itu kita memasuki gerbang perkahwinan menjadi suami atau isteri. Kemudian kita menjadi bapa atau ibu kepada anak-anak kita dan hidup kita selepas itu akan terus berjalan, sehinggalah tiba saat hari kita mati.
  
             kalaulah kita duduk sebentar, mengambil masa beberapa saat untuk berfikir, tidakkah kita merasakan kehidupan yang Allah berikan kepada kita merupakan satu anugerah? maksud saya, kehidupan yang Allah beri kepada kita ini ialah hadiah Dia kepada kita. Saya tak rasa ada di kalangan kita yang meminta untuk dilahirkan. Tetapi Allah dengan penuh kasih sayang menghidupkan kita, kemudian memberikan kita peluang untuk membesar dan hidup diatas muka bumi-Nya ini. Di samping itu Allah memberikan kita anugerah pancaindera, perasaan untuk merasai pelbagai kegembiraan, mencium pelbagai kepahitan, dan menghadiahkan kita kebolehan untuk berinteraksi dengan makhluk lain.

             Allah menjadikan kita sebagai manusia, bukan sebagai makhluk lain, itu sahaja suidah merupakan satu hadiah yang besar terhadap diri kita. Percaya? mari kita terliti bersama-sama firman Allah SWT yamg bermaksud:

           "Sesungguhnya  Kami ciptakan insan itu dengan sebaik-baik penciptaan." (At-Tin:4)

            Sebaik-baik penciptaan? sebaik-baik bermakna, tiada makhluk yang lebih baik daripada manusia. Kita dijadikan sebagai manusia, bukan? tidakkah itu sahaja sudah menjadi satu hadiah?

            Bayangkanlah kalau Allah jadikan kita sebagai batu, rasa-rasanya apakah yang kita akan lakukan? atau hayat kita ini Allah takdirkan dilahirkan sebagai ayam yang menunggu masa untuk disembelih, apakah yang kita akan rasa?

            Nmuan, tidak ramai yang mahu fikir sejauh itu untuk merasakan kehidupan ini satu anugerah. Mereka tidak berfikir yang kehidupan ini merupakan satu hadiah. Akhirnya ramai yang menamatkan riwayat hidup mereka yang amat berharga itu dengan perkara yang amat sia-sia dan meletakkan diri mereka ke lembah kehinaan seperti membunuh diri. Sedangkan kehidupan ini hakikatnya perlu kita hargai keran ia suatu hadiah, bukan untuk kita lempar jauh-jauh begiti sahaja.

           Tetapi kenapa manusia sukar untuk merasakannya?

           Mungkin kerana mereka tidak sedar tiga perkara penting ini:

  • Dari mana kita datang?
  • Kenapa kita didatangkan?
  • Ke mana kita akan pergi?
           Mari kiat buat kuiz, adakah kita pernah bertanya kepada diri tiga soalan ini?

           Hakikatnya, inilah soalan asas untuk kita memahami erti kehidupan kita dan merasakan bahawa peluang kita dihidupkan ini merupakan satu anugerah, satu hadiah daripada Allah SWT.

         Mari kita bersama-sama menelaah tiga soalan tadi.

         Semoga ada sahaja hikmah Allah yang tersembunyi di dalamnya untuk kita.




(Di petik daripada buku yang bertajuk Langit Ilahi oleh Hillal Asyraf)      

              


jihad fisabilillah ! Allahuakbar !




Jihad..apa yang anda tahu tentang jihad ?
sebenarnya jihad ini bukan sahaja merujuk khas kepada pejuang2 yg syahid akibat mempertahankan Islam..jihad,menyeluruh...kita sebagai umat islam harus menanamkan sifat semangat jihatdalam diri..jihad amat penting dalam kehidupan umat islam..Alllah telah menggalakkan syahid kepada seluruh umat Islam..
Allah berfirman yang bermaksud :


Karena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan Maka kelak akan kami berikan kepadanya pahala yang besar”. (An-Nisa’: 74)


Kita jangan takut akan peperangan di jalan Allah..ketahuilah bahawa Allah telah menjanjikan syurga bagi orang2 yg rebah di medan syahid..Syahid adalah mati yang amat mulia..Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:


'Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki.  Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.'

(Ali Imran: 169-170)



Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”.
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Huraian:
Setiap orang Islam wajib memelihara kehormatan dirinya dan keluarganya dari dicerobohi dan dikuasai oleh orang lain sekalipun terpaksa berhadapan dengan bahaya dan berbagai-bagai kesusahan. Malah orang yang terbunuh kerana perkara tersebut, matinya adalah mati syahid. Demikian juga Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa menjaga maruah agama supaya tidak dihina dan dicaci oleh orang lain lebih-lebih lagi orang-orang kafir...


semoga dengan apa yang saya sampaikan ini menjadikan kita seseorang yang lebih semangat untuk berjihad demi agama Islam agama kita sendiri..
Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !
Allah sentiasa bersama kita...Insyallah ^^

Sabtu, 6 Oktober 2012

Hidayah Allah..

Hidayah Allah yang kita cari...



Assalamualaikum sahabat2 smua !
saya doakan agar pemabaca2 blog saya  ini berada di dalam keadaan sihat2 belaka..Insyaallah.
topik yang saya ingin sampaikan hari ini mengenai 'Hidayah'.jom,saya terangkan sedikit mengenai Hidayah:)

Sebenarnya hidayah Allah itu sangat berharga.Sebagaimana firman Allah SWT :


"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

Al-An'aam , 125



mari kita lihat,sekarang nih ramai orang sudah mendapat hidayah...rakan2 seperjuangan saya,mereka ini golongan2 yg amat bertuah kerana mendapat hidayah Allah dan cuba ke arah yang lebih positif...Alhamdulillah..semoga dengan hidayah ini menjadikan mereka hamba Allah yg soleh lagi solehah...sama2 kita doakan..sesungguhnya kita sebagai hamba semestinya cemburu dengan hidayah yang Allah berikan kepada mereka..Adakah kita hanya duduk mencemburui atau bertindak untuk mengejar Hidayah Allah? Firman Allah Taala yang bermaksud :


Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).


Sesuatu bangunan itu tidak akan terbina jika tiada orang yang membinanya, Sesuatu perkara itu tidak akan terjadi jika tiada orang yang melakukannya. Oleh itu, kita sebagai hambanya sentiasalah mencari dan sentiasa muhasabah diri mengapa dan kenapa diri kita jauh dan tidak mendapat hidayah Allah. Hidayah Allah itu tersangat berharga kerana setiap perlakuan seseorang selepas itu akan bertukar menjadi dari kekufuran kepada beriman. Kita lihat sahaja sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dahulu, mereka mendapat hidayah Allah sehingga sanggup menggadaikan semua hartanya hanya kerana Allah...
Kita mungkin sering berniat untuk berubah dan menjadi lebih baik, tetapi tindak tanduk perlakuan kita?.. adakah sehaluan dengan perubahan yang kita hendak lakukan?. Adakah dengan berkata kita akan berubah?. Allah mementingkan hidayah itu kerana Ianya sesuatu yang sangat berharga dan kita sebagai hambanya perlulah sentiasa berusaha dan tidak jemu untuk mendekat diri kepadaNya kerana usaha kita lakukan akan mendatangkan hasil...Muhasabah diri kita adakah kita sentiasa melakukan perkara yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah lalu mendapat hidayah daripadaNya atau kita bersahaja dalam memikirkan hal ini. Nauzubillah, sesungguhnya kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang disebut diatas dimana pelbagai mukjizat dan pengajaran akan tetapi tidak mendapat hidayahNya.


Sesungguhnya hidayah Allah itu akan mudah diterima jika tiada sesuatu yang menghalang dari ia sendiri hadir dalam hati kita sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi:


Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya...

marilah kita berusaha kepada jalan Hidayah Allah..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri...kita sebenarnya sedang diuji..berubahlah kerana Allah..Insyaallah perubahan itu kekal hakiki..^^


mari sama2 kita mencari hidayah agar dikuatkan iman yg lemah !
bila lagi kita nak berubah?

Sesungguhnya Allah memandang usaha kita, bukan pada hasilnya. 
mari kuatkan semangat menuju ke arah redhanNya..!
jgn putus asa mencari hidayah Allah ! 




Isnin, 1 Oktober 2012


assalamualaikum...semua :)

apa kahabar?shat ke? dah makan ker? hri nie kteorg nak memperkenalkn dirilah. Lagi pun kteorg dah lama tak update blog. tu la kteorg busy sgat. skrg musim kteorg exam pertengahan tahun. Lgi pun korang tak kenal kami lgi kan?ok kte mula dari kiri. Nama saya Nur Syadiyah bt Sulaiman.Yg belah kanan pulak Hafizah bt Mustafa. Sebab tu la name blog kami syadeyzah. Name kteorg digabung, so terbentuklah blog SYADEYZAH. Hai, dh kenal kteorg kn...lepas nie boleh la kongsi2 cerita ngan pengalaman korang semua. kteorg ni best friend la...best friend kot. korang rase??? hihi. kteorg pun x tau best friend ker atau kawan biasa jer, entah la. Kteorg kenal sejak form 1 skrg kteorg dah form 3. Tiga thn la kteorg kenal. Tahun nie kteorg PMR. Korang doakn kteorg tau. nie lah serba sedikit pasal kitorang...klau ada ape masalah ke atau ape2 je la, kongsi je ngan kitorang...kitorang sedia membantu...insyallah. ok. assalamualaikum...bye3 :)